Monday 28 January 2013

LATIHAN 6


Membina Ayat

Sila bina ayat menggunakan penjodoh bilangan yang diberikan.


-bilah - baris - gulung - jambak -  utas -



Sila selesaikan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 
dan hantar pada Cikgu Fatin pada hari Isnin, 04.03.2013.

Selamat mencuba murid-murid :D

LATIHAN 5


Mengisi Tempat Kosong

Sila isi tempat kosong dibawah ini dengan simpulan bahasa yang sesuai.

ibu angkat

pilih kasih   
ajak-ajak ayam  
 mandi peluh 

 kaki  bangku 




1. Swee Lan menziarahi .........................nya yang tinggal di Alor Setar.
2. Ah Fat tidak diajak bermain bola kerana dia ........................ 
3. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.
4. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.
5. Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.



Sila selesaikan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 
dan hantar pada Cikgu Fatin pada hari Isnin, 04.03.2013.

Selamat mencuba murid-murid :D

Tuesday 8 January 2013

LATIHAN 4

Pemahaman
Arahan : Sila hayati video di bawah ini.



1. Berdasarkan bahan ransangan tersebut, rumuskan 
    Hikayat Sang Buaya dan Sang Kancil dengan menggunakan 
   ayat sendiri.

Sila selesaikan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 
dan hantar pada Cikgu Fatin pada hari Isnin, 21.03.2013.

Selamat mencuba murid-murid :D

LATIHAN 3

Tatabahasa
Arahan : Sila hayati bahan ransangan di bawah ini.




           1. Bina tiga ayat tunggal berdasarkan dialog yang terdapat 
                 dalam bahan ransangan tersebut.
             2. Senaraikan empat pengajaran yang boleh didapati 
                 dalam bahan ransangan tersebut.
               

Sila buat latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan 
hantar pada Cikgu Fatin pada hari Isnin, 21.01.2013

Selamat menjawab ! :D

Monday 7 January 2013

LATIHAN 2

Nilai-nilai murni.
Arahan : Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam 
                  pantun nasihat di bawah ini.



                                                              Pantun Nasihat

                                                        Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
    Kerana guru pembekal ilmu.




Pulau Pandan jauh ke tengah,
     Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
    Budi yang baik di kenang juga.

Orang Daik memacu kuda,    
    Kuda dipacu deras sekali,
Buat baik berpada-pada,        
    Buat jahat jangan sekali.

           Jangan pergi mandi di lombong,          
            Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
        Semua kawan akan membenci.







Sila buat latihan dalam Buku Bahasa Malaysia 1 dan hantar pada

Cikgu Fatin pada hari Jumaat, 18.03.2013.

Selamat menjawab :D

LATIHAN 1


Karangan Profil
Arahan : Berdasarkan gambar ransangan berikut, bina sebuah 
                  karangan pendek bertajuk "Aku Sebatang Pensel".
                  Panjang karangan antara 100 - 150 patah perkataan.




Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada 
Cikgu Fatin pada hari Isnin, 14.01.2013.

Cuba yang terbaik ye ! :D

SELAMAT DATANG

Selamat datang !
Mari belajar dengan Cikgu Fatin :)